JALAN2 MELAKA


Assalamualaikum..

Hampir 3 tahun  tak update blog ni and terlalu banyak sangat cerita yang memang malas nak story,so i just posting the new experience yg paling latest, crita yang lain2 tu tengok lah..kalau ada mood....

THIS IS MELAKA 

Part 1



Ok now,ni nak crita pasal jejalan Melaka ni , akibat  cuti sem ni xtau nak buat ape...so kiteorang ber empat bujang tiba2 je plan nak jalan2, then kiteorg decided nak pergi melaka memandangkan membe ada kupon diskaun untuk hotel..

28 JANUARI 2015

Sebenarnya tak sangka pun kiteorang nk pergi ber empat, asalnya bertiga and plan pun gitu2 je..So before kiteorang gerak kena lah survey serba sedikit kan..ape yang menariknya kat negeri MELAKA ni, so takdelah nanti tercungap2,blur tak tau nak pergi mana..

On the first day, target nak gerak dalam pukul 9.30 pagi dari selangor, tah mcm mana boleh terlajak laris 10.30 pagi baru gerak dari rumah membe yg dekat Damansara.,,so nak dipendekkan cerita ,kiteorang pikup sorang2 kat rumah dari Damansara tu sampailah ke seremban,.

First sekali  tempat kiteorang singgah adalah dekat pilah untuk makan tengah hari...semua dah kebulur dah time ni..

nama kedai pun dah SELERA KAMPUNG...memang kena lah dengan tekak orang melayu ni...

nak tau ape yang kiteorang makan kat sini???




haaaa...KELI SALAI......ada membe ckp salai kat NOGORI SEMBILAN ni xde sape boleh lawan...betul ke???...

So after dah habis makan semua,kiteorang teruskan perjalanan, Lebih kurang dalam pkul 3.30 petang..Alhamdulillah, sampai jgk kat MELAKA...then terus check in kat hotel, untuk hari pertama ni kiteorang just stay kat hotel Avillion Legacy Melaka...mentang2 lah membe dapat voucher harga bilik murah..dapat lah kiteorang merasa dok bilik yg mahal n selesa..hehehe....ni antara gmbar2 hotel Avillion ni :
AVILLION LEGACY
RECEPTION

   Bilik kiteorang dan betapa exitednyer kiteorang..hehehe


Next, kiteorang terus pergi ke Bandar hilir...sampai2 je benda pertama yang kiteorang buat naik TAMING SARI...hehehe

           

Sebab kenapa korang kena naik Taming Sari ni dulu sebabnya bila kat atas ni, Kita boleh nmpak sekeliling bandar hilir ni dan sangat membantu korang untuk planning nak pergi mana lepas tu...untuk tiket hanya RM 20 untuk dewasa,tapi dengan IC warganegara Malaysia, harga tiket hanya RM 10...

Hari pun lewat petang sebenarnya,...memandangkan banyak muzium2 yang dah tutup, we just plan tnak naik london Bas/ Bus double decker,.konon2 nak pusing Bandar Hilir sambil feeling2 atas bumbung/tingkat atas bas layan sunset....sbb masa bas ni adalah dari pukul 5 petang higga 10 mlm..Hanya RM 5 dalam 45 min bas tu pusing2...,tunggu2 tak jgak2 muncul...tanya lah akak kat kauter taming sari tu..dia cakap."Dah lama tak nampak bas tu dik,selalu cuti2 sekolah je "...dengar je cmtu....sedih beb...baru nak acah2 mcm pergi kat london,nak pergi london tak mampu lagi...mampu tunjuk gmbar jelah...kempunan tak dapat naik.

London Bus


So next, tempat kiteorang tuju ialah terus ke St.John's Fort ....,untuk ke bangunan ni korang kena naik tangga sbb bangunan ni terletak kat atas bukit St John ...smpai2 je, dengar sorang brother tu nyanyi lagu....pergh..sedap...so secara keseluruhannya kat bangunan tu korang boleh nmpak ukiran2 tulisan yang mempunyai nilai2 sejarah...asalnya,bangunan ni adalah sebuah gereja portugis khusus untuk St john Pembaptis,.
snap gambar apa yang perlu..heehe..


Then lepas tu kiteorang pergilah the main attraction kat Malaka ni, That is Kota A famosa yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia...dekat sekeliling ni jgak,korang boleh nampak meriam,pintu gerbang dan tiggalan kota yang dimusnahkan semasa kedatangan Belanda. dan terdapat juga informasi yang korang boleh baca pasal A Famosa ni kalau nk tau kisah suka duka sejarah kota ni...


selalunya petang2 mcm ni korang akan nmpak sebuah motorsikal bersama seorang abg yg still gagah depan A famosa ni dengan motosikalnya yang rare,,Tak silap motor ni digunakan semasa zaman british dahulu...bayaran nya seiklas hati..then korang boleh tangkap gmbar sepuas puasnya sesuka hati korang..hehehe....

#nota kaki :

kebetulan kiteorang pusing2 kat area ni,terjumpe sorang membe ni,dia backpack dengan membe dia kat melaka, so antara info untuk korang kalau nk backpack ke melaka ni korang boleh sewa basikal kat area jonker walk maybe dalam around RM 10-15 sehari,so korang boleh pusing sesuka hati korang dan kat sini jgk banyak backpakers hotel serendah RM 15 semalam, kalau weekdays lah...weekend xsure pulak..hehe..

then,lepas semua dah penat berjalan, maka beransurlah ke hotel untuk rehat2 dan membersihkan diri..

Malam

Mengikut  plan yang kiteorang dah buat, aktiviti untuk malam hari petama ialah IKAN BAKAR...hehehe..rugi rasanya kalau korang pergi Melaka ni kalau tak makan Ikan Bakar...at the first thing kiteorang ingat nak makan kat umbai,tapi disebabkan ada yg dah pernah rasa..so ape lagi???tanya lah pakcik google..hehe....cari2 kiteorang jumpelah satu tempat ni..namanya IKAN BAKAR MUARA SUNGAI DUYUNG....sampai sampai je trus ada orang siap tunjukkan tempat duduk, then kami pun pilih ikan..bincang punya bincang, so kiteorang pun pilih ikan siakap,sotong,lala dan air tembikai..apa yang menariknya kat sini..korang boleh bahagikan ikan untuk masak dalam perlbagai jenis lauk selain servis sangat laju dan harga amat amat berpatutan dan sangt puas hati..:))

Ikan 3 rasa dan ikan bakar :)
........memang tak rugi kalau korang tak pergi sini, so ni lah aktiviti kiteorang tuk hari pertama.............................bersambung :)

Comments